Followers

Wednesday, December 29, 2010

Salam, setelah menonton dokumentari yang dihasilkan RTM di TV 1 hari ini yang memaparkan mengenai penemuan Arkeologi terbaru di Sungai Batu saya berasa tergerak untuk menulis artikel ini. Penemuan ini bagi saya adalah suatu turning point atau satu patukan berbisa kepada semua pihak samaada di negara ini atau di negara-negara jiran di seluruh Asia Tenggara. Tamadun yang dijumpai dianggap bukan tamadun yang calang-calang hebatnya. Sebelum ini saya ada memaparkan artikel yang menyentuh berkenaan penemuan relau-relau purba yang menunjukkan terdapatnya sebuah tamadun yang sangat advance. Sekarang saya menjadi semakin yakin bahawa tamadun sebegitu sememangnya wujud di negara kita. Kita tidak lagi perlu mengeluh apabila orang Khmer dan orang Indonesia mengejek-ejek negara kita kerana kurang warisan purba. Kita tidak lagi perlu bertikam lidah dan melukakan tekak dengan berbicara mengenai signifiken tamadun Srivijaya kepada bangsa Melayu di Malaysia sepertimana kepada bangsa Indonesia walaupun ada diantara mereka yang chauvinist tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Sekarang kita boleh mendabik dada sama tinggi atau mungkin lebih tinggi dari mereka kerana tamadun purba yang ditemua di Sungai Batu ini dikenalpasti sebagai yang tertua di Asia Tenggara! Ianya dianggarkan berusia 2000 tahun! Jauh meninggalkan tamadun-tamadun Siam, Burma,Vietnam mahupun tamadun kita Srivijaya yang dibangga-banggakan Indonesia sebagai milik mereka seorang. Namun tamadun ini membuka ruang yang sangat lebar untuk persoalan. Siapakah yang membina tamadun ini, bagaimanakah mereka boleh mempelajari teknologi pembinaan yang sebegitu kompleks 2000 tahun dahulu. Tamadun ini mempunyai teknologi pembinaan batu bata, atap genting, teknologi peleburan besi yang sistematik dan sistem tulisan!

Apa yang lebih menarik adalah sebuah bangunan yang dijumpai di tapak itu yang sangat unik bentuknya. Menurut mereka yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi, bangunan tersebut adalah unik kerana ia tidak menyerupai apa-apa bentuk bangunan yang melambangkan agama Hindu mahupun Buddha. Jadi bangunan apakah itu? Ada pihak yang berpendapat bahawa bangunan tersebut adalah sebuah kuil khas agama Pagan yang digunakan untuk menyembah matahari! Ia dikatakan sebagai sebuah Sundial atau carta matahari dan ianya selari menghadap ke gunung jerai! selain itu menurut ketua penyelidikan tapak arkeologi tersebut iaitu prof Mokhtar, bangunan tersebut boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri penyembahan cosmologi atau langit yang sama konsepnya dengan tamadun Inca, Mayan, Aztec dan Stonehenge!! Betulkah maklumat ini!!


Nampaknya penemuan Arkeologi kali ini amat-amat menakjubkan dan menimbulkan misteri yang agak mendalam. Jika benar ia sebuah bangunan upacara keagamaan pagan maka teori-teori pseudo sejarah yang banyak dicanang oleh sesetengah pihak diluar sana seperti dari M.O dan Srikandi yang mengatakan bahawa bangsa Melayu mempunyai kaitan langsung dengan tamadun-tamadun purba terhebat dunia seperti Madyan, Media, Babilon mahupun Mesir purba mungkin adalah benar. Sebelum ini tidak dijuampai mana-mana tapak purba di Asia tenggara yang masyarakatnya menyembah matahari atau kosmos secara langsung seperti ini. Apakah misteri ini? Mungkin juga tamadun Sungai Batu ini adalah tamadun yang dicari-cari oleh orang-orang barat sejak zaman berzaman sebelum ini yang percaya bahawa Tanah Punt, Shambala, The Promise Land dalam Book Of Mormon, Mount Ophir dan Solomon's Mine adalah terletak di kawasan timur sebelah sini yakni di Nusantara! Semua teori-teori ini telah menjadi sebuah kemungkinan yang amat besar apabila penemuan arkeologi ini dibuat dan saya pasti dalam musim penggalian seterusnya penemuan-penemuan terbaru akan melengkapkan puzzle-puzzle yang semakin jelas sekarang.Wallah hua'lam.

0 comments:

Post a Comment