Followers

Friday, March 18, 2011

TEORI PEMBETUKAN ALAM SEMESTA ( BIG BANG )


"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (Al - Anbiya' : 30 )


Teori Big Bang menyatakan alam ini bermula dengan tiada. berjuta-juta tahun dahulu, alam ini bermula dengan satu letupan titik kecil. Letupan yang membawa kepada penciptaan alam ini dikenali Big Bang. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain.Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.

Teori ini disokong oleh Al-Qur’an. “Kemudian Dia (Allah) ,menyengajakan ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu kataNya kepada langit dan bumi : Datanglah kamu berdua (mengikutlah), baik dengan patuh ataupun dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami datang dengan patuh.” (Surah As-Sadjah :11)

Mengikut Tafsir Al-Qur’an terjemahan Prof. Dr. H. Mahmud, asalnya langit-langit ialah seperti asap atau namanya dalam ilmu sains, nebula. Ayat ini juga melukiskan kepatuhan langit dan bumi menuruti ketentuanNya terhadap mereka tanpa sebarang pertanyaan, tidak seperti manusia yang beraqal tetapi banyak bertanya itu dan ini.

Letupan “Big Bang” ini menghasilkan berbilion-bilion ganda letupan atom. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini dan serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain yang tersusun dalam keseimbangan.

Edwin Hubble, seorang pakar astronomi adalah orang pertama yang membuktikan alam ini berkembang. Pada tahun 1929, pemerhatian melalui teleskop beliau mendapati bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita dalam gerakan rawak dan pada masa yang sama, bintang-bintang bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Sebuah cakerawala yang mana semua benda bergerak menjauhi antara satu sama lain seolah-olah cakerawala itu sedang bergerak secara konstan dan berkembang. Fakta ini membuktikan bahawa suatu masa dahulu, alam ini bercantum. Secara mudahnya, apa yang berlaku sekiranya sebutir bom diletupkan di pantai. Tentulah pasir-pasir ini akan berselerak merata-rata tempat.

Jika seseorang mengatakan sebuah istana pasir telah terbentuk akibat letupan itu, anda mungkin mengganggapnya gila. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa istana pasir itu terjadi dengan sendirinya, tentulah mereka juga gila. Kenyataan istana pasir terjadi dengan sendirinya lagilah tidak logic dan tidak masuk aqal berbanding ia dicipta dari keadaan tiada kepada ada.

Teori Relativiti yang diciptakan oleh Albert Einstein sendiri membuktikan kebenaran saintifik yang dibawa oleh Al-Qur’an. Dalam pengiraan untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, beliau telah menemui bahwa alam semesta bukanlah static. Tetapi disebabkan penemuan masa itu mengatakan alam semesta static, beliau telah mengubah rumus itu dengan menambah satu factor iaitu pemalar kosmologi (cosmologi constant) ke dalam rumusnya agar selari dengan penemuan astronomi masa itu.

Akhirnya Albert Einstein mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya.

Saintis Russia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 menemui melalui Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berkembang dan sebarang perubahan di dalamnya akan menyebabkannya mengembang atau mengendur. Friedmanlah yang membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) dalam Teori Relativiti Einstein.

Hanya Allah, Maha Pencipta yang bersifat Qidam (tiada permulaan adaNya) dan makhluknya mesti ada permulaannya kerana ia diciptakan. FirmanNya: “Ia-lah (Tuhan) yang tiada bermulaan adaNya dan pula tidak berkesudahan ada-Nya, Ia-lah yang lahir wujud-Nya. Ia-lah yang tersembunyi (Zat-Nya) dan Ia tahu tiap-tiap sesuatu.” ( Surah Al-Hadid: 3)

Teori Big Bang ini diperkuatkan lagi kebenarannya dengan ayat Al-Qur’an yang berbunyi: "Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat;47) Kalimah “ langit” yang banyak digunakan dalam banyak ayat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa atau cakerawala.

Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

disalin dari : http://www.fadhiri.com/200

Thursday, March 17, 2011

ALKISAH PELAYARAN DAHULUKALA

sekitar tahun 1500....para penjelajah eropah ,china ,india dan daulah islamiyyah sudah bergiat aktif mencari dunia baru demi membuka pintu dagangan yg lebih luas dan hubungan diplomatik yg akrab.pada masa itu negara china sudah menghantar armada-aramada kapal tentera laut serta kapal dagangan menjelajah serata ceruk dalam asia nusantara untuk membuka pasaran tembikar-rempah ratus.jika dilihat kembali kita dapat melihat kesan2 barangan tembikar di dalam kapal mereka yang karam di serata asia nusantara

      pada masa lalu armada laut china berada di tempat pertama terkuat di dunia.x hairanlah ketika laksamana cheng ho mengetuai lebih 200 buah kapal belayar untuk membuka pintu dagangan dunia dahulu!.tetapi x lama kemudian empayar daulah islamiyyah uthmaniyyah mengambil tempat pertama china kerana china mengalami perang saudara bangsa han-manchu ketika itu.pada masa yang sama para penjelajah eropah mendakwa merekalah yg mula2 menjumpai dunia baru(benua amerika utara&selatan) dan christhoper columbus adalah insan yg mnjumpai dunia baru tersebut maka dengan gah negara2 eropah mendakwa mereka sudah mengalahkan penjelajah islamiyyah padahal mereka x sedar bahawa laksamana cheng ho yg mula2 mnjumpai dahulu 200 tahun sebelum mereka.


    pada tahun 1513 ,lenkaplah pemetaan dunia kita yang sebenar yang selama ini beratus2 ilmuan menacari kunci jawapan rupa bentuk ,garis lilit serta keluasan dunia ini.insan yang sangat berjasa pada kemodenan dunia hari ini adalah piri reis.pelayar penjelajahan islam dari empayar uthmaniyyah.jika tiada beliau maka tiadalah GPS ,satelit ,rumah hijau dan lain2.
                  
Ia terutama dikenali hari ini untuk peta dan grafik dikumpulkan dalam-Kitab, aku Bahrie (Kitab Navigasi), sebuah buku yang mengandungi maklumat terperinci tentang navigation serta sangat tepat untuk grafik waktu menggambarkan bandar-bandar pelabuhan penting dan Laut Mediterranean . Beliau memperoleh kemasyhuran sebagai kartografer ketika sebuah bahagian kecil dari peta dunia pertama (disiapkan pada tahun 1513) ditemui pada tahun 1929 di Istana Topkapi di Istanbul. peta dunia-Nya adalah atlas tertua Turki dikenali menunjukkan Dunia Baru, dan salah satu peta tertua Amerika masih ada di dunia. (Peta tertua Amerika yang masih ada adalah peta ditarik oleh Juan de la Cosa pada tahun 1500, yang disimpan di Muzium Tentera Laut (Museo Naval) dari Madrid, Sepanyol.) Peta Piri Reis 'berpusat di Sahara di Tropic of Cancer lintang. [1]

Pada tahun 1528 Piri Reis menggambar peta dunia kedua, di mana sebuah serpihan kecil (menunjukkan Greenland dan Amerika Utara dari Labrador dan Newfoundland di utara ke Florida, Cuba dan bahagian dari Amerika Tengah di selatan) masih bertahan. Menurut teks-nya mencetak ia telah menarik peta itu menggunakan kira-kira dua puluh grafik asing dan mappa Mundi (Arab, Sepanyol, Portugis, China, India dan Greek) termasuk salah satu Christopher Columbus. [2]


ketiga2 insan ini iaitu piri reis ,christopher columbus dan cheng ho adalah orang yang bertanggungjawab memetakan dunia secara sengaja dn x sengaja....tetapi masing2 mempunyai tujuan tersurat dan tersirat.macam cheng ho ,beliau merantau ke seluruh pelusuk dunia demi membuka pasaran dangangan negara china dgn bangsa2 lain dan kerana dia juga adanya pasaran tukaran matawang asing ,import eksport ,sistem ekonomi dunia,aliran dagangan keluar masuk diantara negara serta diplomatik kerjasama antara negara pada zaman moden hari ini.piri reis pula juga kerana dialah wujudnya sistem GPS ,satelit ,multimedia antarabangsa ,jawapan kepada keluasan dunia ini.christopher columbus pula menjadi inspirasi para penjelajah meneruskan idealogi mereka iaitu GOLD ,GOSPEL AND GLORY.dan perkembangan agama kristian dalam dunia ini merupakan perintis daripadanya.

  SEMOGA SUATU HARI NANTI ADA INSAN DAPAT MENEROKA LEBIH LUAS DI ALAM SEMESTA NANTI*